Bahan Asas


Cendawan Merah

Cendawan Merah atau nama saintifiknya Ganoderma lucidum yang juga dikenali umum dengan gelaran 'Raja Herba Yang Ajaib' berupaya membantu memulihkan kesihatan seluruh tubuh badan. Ganoderma lucidum mengandungi lebih daripada 200 elemen aktif di antaranya:

  • Mengesan penyakit (scanning)
  • Membersihkan keracunan
  • Menyeimbangkan fungsi badan
  • Membaikpulih tubuh badan
  • Awet muda


Ganoderma lucidum mengandungi lebih daripada 200 elemen aktif di antaranya:
1. Polisakarida (Pencuci)
  • Menguatkan sistem ketahanan badan
  • Membasmi dan menghalang kejadian ketumbuhan sel tidak normal
  • Membantu pankreas mengimbangi paras gula di dalam darah
  • Mengawal kemusnahan sel-sel tisu dan organ-organ di dalam tubuh
  • Mengawal organ-organ daripada kemusnahan disebabkan keracunan toksin
  • Tonik untuk kesihatan jantung

2. Organik Germanium (Penyeimbangan)
  • Menambah kandungan oksigen di dalam darah dan menyegarkan otak
  • Antioksidan yang berkesan mengawal radikal bebas dan berkesan dari elektom
  • Menghilangkan kelesuan dan menguatkan ketahanan badan
  • Mengimbangi fungsi molekul-molekul di sekitar sel-sel barah

3. Adenosin (Pencuci Racun Larutan Organik dan Penyeimbangan)
  • Menurunkan paras kolesterol dan lemak
  • Menghalang pekatan platlet yang menyebabkan sumbatan pada salur darah
  • Melancarkan laluan darah pada saluran-saluran sempit yang berplak dengan lemak atau lipid
  • Melindungi membran sel-sel darah merah
  • Menstabilkan kadar perembesan hormon pada sistem endokrin
  • Menyeimbangkan kadar metabolisme dan menjadikan anda terasa muda dan bertenaga

4. Triterpenoid (Membaik pulih)
  • Menguatkan sistem penghadaman
  • Melindungi dari alahan (elergi)
  • Mengurangkan kolesterol dan menstabilkan lemak dalam badan

5. Esen Ganoderik (Antioksidan)
  • Mengawet fungsi badan
  • Memulihkan penyakit kulit
  • Mencantik dan menghaluskan kulit
  • Memulihkan luka, ulser mulut dan proses menghentikan darah

cendawan merah baik untuk kesihatan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengkudu

Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikatakan berasal dari kawasan Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menjadi sumber perawatan yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Melayu sejak dulu lagi. Melalui penulisan Gard Bull dalam buku Medical Book of Malayan Medicine, 1930 menyatakan mengkudu digunakan oleh orang Melayu untuk rawatan bagi masalah keputihan, pembuangan air kecil dan membuang toksik dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa sejak 2000 tahun yang lampau, orang Polynesia menggunakan tumbuhan ini untuk merawat masalah kandungan gula dalam darah, tekanan darah darah tinggi, sakit otot, sakit kepala dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Khasiat mengkudu apabila diamalkan secara berterusan boleh memberi faedah-faedah berikut kepada para pengamal:
  • Membantu mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor
  • Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol dalam tubuh
  • Melegakan gangguan dalam tubuh seperti kencing manis, sakit kepala, masalah ginjal, buah pinggang, pundi hempedu dan tiroid
  • Melegakan masalah berkaitan sistem pernafasan seperti resdung, asma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan demam selsema.
  • Melegakan gangguan sistem penghadaman seperti perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah, buasir dan keracunan makanan
  • Melegakan masalah berkaitan dengan mulut dan tekak seperti radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi
  • Melegakan sakit tulang dan sendi, terseliuh dan gout
  • Membantu memulihkan penyakit kulit seperti luka, gatal-gatal, bisul, kurap, radang dan ulser kulit
  • Melegakan sakit puan seperti senggugut dan gangguan haid
  • Membantu memulihkan kesan umum penuaan (awet muda)
  • Membantu menghilangkan ketagihan dadah dan rokok
  • Membantu memulihkan sistem kesuburan lelaki dan wanita
  • Meredakan kesakitan (analgesik)
  • Meningkatkan tenaga tubuh badan
  • Mengurangkan tekanan (stress)

Selain daripada buah mengkudu, setiap bahagian pokok mengkudu juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata, kulitnya boleh mengubati penyakit malaria dan disentri. Daunnya pula boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman yang bermujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Air rebusan daun mengkudu boleh menyihatkan dan mengecutkan rahim ibu yang baru bersalin. Batang mengkudu boleh mengurangkan tekanan darah. Akarnya pula sesuai untuk penawar penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak. Selain daripada itu, mengkudu juga boleh meredakan penyakit batuk, penyakit kuning, demam panas, merekah tumit kaki dan betis kering bersisik.
Kepentingan Xeronine
Buah mengkudu mengandungi zat pencetus xeronine yang dikenali sebagai proxironine di samping terdapat enzim yang membantu proxironine membentuk xeronine. Xeronine merupakan salah satu bahan yang penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxironine dan proxironase.


Interaksi antara antara dua bahan kimia proxironine dan proxironase ini membantu membesarkan liang-liang pada usus kecil serta mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan. Ia juga berfungsi sebagai bahan yang mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan bahan awet muda.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Spirulina

Spirulina atau nama saintifiknya Spirulina platensis adalah planktonik, multisel, berfilamen serta menjalankan aktiviti fotosintesis. Ianya berbentuk selinder berputaran riben (helical) dan juga selinder lurus. Kebiasaanya, spirulina yang berbentuk putaran riben hadir di dalam habitat semujadi dan bentuk selinder memanjang ini pula pada asalnya adalah dari sumber yang sama. Proses transformasi atau mutasi ini berlaku apabila spesies spirulina ini di aruh atau dikultur secara buatan. Mutasi ini boleh berlaku di dalam habitat semujadi. Mutasi yang berlaku di dalam kultur komersil di sebabkan oleh tekanan fizikal dan kimia semasa proses pengkulturan. Apabila bentuk spirulina tadi berubah, ia akan kekal kepada

bentuk yang baru dan bisanya ia akan menjadidominan. Diameter sel trichome di antara 1µ - 12 µ. Saiz antara spesies adalah di antara 50µ - 60µ. Kaedah pembiakan spirulina adalah belahan dedua (binary fiesion) di mana sel trichome akan putus dan akan membentuk segmen yang pendek. Unit baru tadi akan membesar dan matang sebagai individu baru.

Spirulina mengandungi sekurang-kurangnya 65% protein. Nilai ini adalah tinggi berbanding protein dalam telur (45%), ragi bir, kacang soya (40%), susu kering (35%) dan daging lembu (17%). Kandungan lipid dari kebanyakkan alga adalah dari jenis glycerol dan asid lemak. Spirulina mempunyai jumlah lipid polyunsaturated yang tinggi iaitu di antara 20%-60%.


Selain daripada 8 asid amino yang diperlukan dan 10 asid amino yang tidak penting, spirulina juga kaya dengan vitamin termasuklah kumpulan vitamin B-Kompleks. Ia juga mengandungi vitamin B12 yang hanya terdapat pada sumber haiwan sahaja. Sebenarnya, spirulina mempunyai 2 kali ganda kandungan vitamin B12. Sebagai sumber organik vitamin B semulajadi, spirulina menggantikan keperluan sintetik vitamin B semasa. Spirulina juga mengandungi pigmen seperti beta karotina yang bertukar menjadi vitamin A apabila diserap oleh badan. 2 kilogram spirulina mengeluarkan lebih 100% vitamin A dari makanan harian yang disyorkan RDA. Tambahan pula, spirulina adalah sumber semulajadi bagi galian termasuk kalsium, zat besi, fostorus, potasium, zink dan banyak lagi unsur-unsur surihan yang lain.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Madu

Firman Allah yang bermaksud: "Kemudian makanlah kamu (wahai lebah) dari semua macam buah-buahan, lalu berjalanlah kamu mengikuti jalan Tuhanmu dengan merendah diri. Akan keluar dari perutnya (lebah) minuman yang berlain-lainan warnanya yang padanya ada menjadi ubat bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi suatu tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir"
Surah An-Nahl, Ayat 69
Madu telah lama digunakan dalam bidang perubatan, bukan hanya sebagai satu sumber bernilai dalam pemakanan malah sebagai ramuan dan sesuatu rawatan perubatan. Dalam sejarah perubatan tertua di Egypt, madu digunakan untuk merawat luka kecederaan dan melancarkan proses penghadaman.

Komposisi utama madu adalah beberapa jenis gula, enzim dan air. Kandungan gula ringkas di dalam madu seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa berperanan untuk menghasilkan tenaga segera. Dianggarkan terdapat
kira-kira 64 kalori tenaga boleh

dapati di dalam setiap sudu besar madu. Kandungan enzim-enzim seperti invertase, diastase dan glucose oksidase di dalam madu berfungsi membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. pH madu di antara 3 hingga 9 menyumbang ketahanannya daripada rosak walaupun dalam jangkamasa lama. Malah ia mampu berperanan sebagai pengawet kepada bahan lain yang dicampurkan bersamanya. Berikutan skala pH madu kurang dari 6 ini juga menunjukkan kehadiran protein, nitrogen dan asid amino di dalam madu.

Berikut adalah kandungan vitamin di dalam madu:


Vitamin B1 (Thiamin)
- Diperlukan untuk fungsi sistem saraf normal - Membantu dalam metabolisme karbohidrat dan pengeluaran tenaga
Vitamin B2 kompleks
(Riboflavin, Niacin)
- Memelihara selaput mukus - Membantu tumbesaran sel darah merah
Vitamin B6
- Mengawal kesihatan sistem saraf normal
- Terlibat dalam sintesis hormon dan sel darah merah
Vitamin C
- Sangat diperlukan untuk pembentukan tisu penghubung, tulang dan gigi - Bertindak sebagai antioksidan

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sarang Burung

Air sarang burung sungguh berkhasiat untuk badan manusia, Menurut kajian yang dilakukan oleh Hong Kong Chinese University, Kandungan Glikoprotein yang terdapat didalam sarang burung dapat membantu proses penghasilan sel manusia sekaligus meningkatkan kadar metabolisma dan fungsi organ dalaman manusia.Ia amat baik untuk setiap peringkat umur dan jantina. Lelaki
Meningkatkan fungsi buah pinggang dan peparu menyebabkan badan tidak menjadi lemah.
Wanita
Merangsang pertumbuhan & pembahagian sel-sel, pembinaan tisu-tisu, mengawal sistem endokrin, kulit menjadi lebih cantik, licin & anjal semula, mengurangkan kedut, membantu kesihatan rambut, sendi & tulang
Wanita HamilPengambilan sebelum bersalin dapat membantu bayi menjadi lebih kuat, kulit lebih cantik & berseri,
daya tahan penyakit yang kuat (tidak mudah jatuh sakit)
Wanita Bersalin
Mempercepatkan permulihan bentuk badan serta memperbaiki tisu-tisu yang rosak semasa bersalin.

Kanak-kanak

Menguatkan badan, menggalakan pertumbuhan & perkembangan otak, menambahkan selera makan, meningkatakn daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru0paru serta tidak mudah di jangkiti selesema
Remaja
Meningkatkan metabolisme, menguatkan badan & lebih melincinkan kulit.
Orang Tua
Anti penuaan, menguatkan sendi & tulang, fungsi paru-paru, menghilangkan kahak & melegakan batuk, mengekalkan kesihatan dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.
Stress & Kesibukan
Menambah tenaga, mengurangkan keletihan dan melegakan tekanan
Daya Tahan Badan yng Lemah & Asthima
Membantu mengurangkan keradangan usus dan melegakan paru-paru

Kebaikkan sarang burung dan kolagen :
1. Memastikan kulit lebih cantik, licin & anjal semula
2. Menggalakkan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan
3. Menguatkan penyambungan di antara tisu-tisu
4. Menguatkan fungsi jantung serta mengimbangkan tekanan darah
5. Bertindak sebagai agen antioksida dan anti penuaan bagi mencagah kanser
6. Mambantu mengekalkan kesihatan rambut, sendi & tulang serta mencegah osteoprosis
7. Mengaktifkan sistem pengimunan, membekalkan tenaga dan mempercepatkan kadar metabolisme badan
8. Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah dan memperbaiki saluran pencernaan

Kolagen adalah komponen protein utama dalam tubuh. Penghasilan kolagen berkurangan pada kadar 1.5% setiap tahun apabila mencapai usia 25 tahun. Selepas usia 40-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen dalam tubuh. Faktor inilah yang menyebabkan masalah kesihatan dan kulit mula berkedut. Kajian menunjukkan pengambilan kolagen pada sukatan yang betul selama 8-12 minggu mampu memperbaiki kulit sehingga 80%!

Akar Lalang/Lalang (nama saintifik :
Imperata cylindrica)
Seluruh pokok lalang dari akar, batang, daun sehinggalah bunga mempunyai khasiat tersendiri antaranya;
Akar dapat membantu;

1. Mencegah bengkak pada bahagian bawah usus yang menyebabkan pendarahan dan kesakitan semasa membuang air besar.
2. Meredakan batuk dengan dicampur bahan-bahan lain seperti madu dan daun pudina.
3. Membantu meredakan lelah/asthma, sakit kuning, hidung berdarah, busung dan lenguh sendi.

Selain akar, batang lalang boleh dijadikan tonik dan digunakan sebagai bahan pemulih untuk penyakit-penyakit dalaman serta dapat melancarkan aliran air kencing dan mengatasi masalah jangkitan saluran kencing.

Daripada kajian terbaru yang dilakukan oleh ahli sains mendapati lalang boleh digunakan untuk mengatasi tekanan darah tinggi, mencegah pembengkakkan otot, mengurangkan demam serta boleh dijadikan sebagai anti-virus dan anti-kulat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...